Assalammualaikum...
 |
Kawasan Yang Menjadi Tempat Percaturan |
Bertemu lagi entry kali ini dalam Joran Beraksi. Lokasi kali ini adalah di persekitaran kampung di daerah Tanjung Karang melibatkan Parit 2 sehingga ke Kampung Sawah Sempadan. Kuala Selangor. Kali ini beraksi berdua bersama Abam Nasrun. Sahabat yang selalu temankan aku memancing la kan. Actually kawasan2 ni aku dah pernah berada selama beberapa bulan masa tgh buat project pemasangan peralatan komputer di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan , dan Sabak Bernam. Kiranya dah hafal la jalan-jalan daerah ni. Dah seminggu lebih entry ni dalam draft actually.
 |
Basah jalan awal pagi |
Ok, untuk post kali ini , aku dan nasrun menjalankan misi mencari ikan apa saja. Hehehe. Sebab tu terjah di Kuala Selangor dan Tanjung Karang ni. Mana la tahu jumpa haruan kan..Lokasi Sungai Tengi yang besar dan lebar ini adalah port kitaorg yang bakal menguji penghuni-penghuninya.
Bertolak dari Kampung Baru sekitar jam 5 pagi dan kitaorg sampai di Kuala Selangor sekitar jam 6 pagi. Singgah makan dulu sebelum bertolak ke lokasi. Selepas makan pagi dan sebagainya. Lokasi pertama tujuaan adalah Kampung Sawah Sempadan. Dah lama aku tak lalu kawasan ni. Memang tahu sangat la lokasi sungainya tu di mana.
Di awal pagi, jalan yang basah dan suasana kampung yang tenang buat aku teringat kat kampung plak. Rasa cam nak balik kampung je masa tu. Seperti diberitahu, lokasi pertama adalah di sungai yang lebar ni. Sungai tenggi namanya. Tapi Tenggi ni nama tempat di Hulu Selangor tak silap aku. Sebab aku pernah sampai ke Felda Tenggi dulu.
 |
Hasil yang pertama |
 |
Abam nasrun beraksi. |
Bermulalah rutin memasang umpan dan menghalakan mata kail ke dalam sungai. Tak lama juga la nk dapat mangsa. Dalam sekitar setengah jam menunggu dengan menggunakan umpan cengkerik berhasil la juga.
Untuk hasil yang pertama dapat je ikan kecik. Lampam pun jadilah kan. Tetapi ada beberapa ekor ikan Leih atau nama lain anak tapah. Aku pun tak berapa nak pasti nama ikan ini. Tapi dari perbualan ngan penduduk sekitarnya.
Memang tu la namanya. Penduduk kawasan ni memang ramah. Ada yang datang berbual kosong, ada yang bertanya dah berapa byk ikan, ada yang bagi tips memancing kat sungai ni. Apa-apa pun memang terbaik la.
 |
ikan apa nama taktau |
Kitaorg stay memancing di kawasan ini ada la dalam 3-4 jam juga. sejak jam 7 pagi sehingga hampir jam 12 tghari. Boleh dikatakan ikan yang sama je naiknya.
 |
Keli pertama |
Ketika matahari baru nak menegak. Kitaorg dah bersiap nak pergi mencari makan tengahari dan mencari lokasi lubuk yang baru. Next stop, kitaorg ke Parit 6 dan Parit 7 sekinchan. Wa kau, ke sekinchan guna jalan dalam je tu.
Lepas kitaorg makan tengahari di warung tepi jalan tapi harga macam bayar hotel mak kau. Terkedu aku ngan nasrun bila tokey kedai tu kira yang kiraorg makan tak seberapa ni harga macam makanan mahal ko..hambik. 1 pengalaman, bila memancing jangan makan di kedai tak ramai orang. cuba cari kedai yang ramai orang. maybe situ lagi murah, hahahaha.
Di sekinchan, kitaorg start memancing pukul 1.30 ptg, kiranya lepas zohor la kan. Tetapi selama 2 jam memancing di situ. Kitaorg keletihan. Apa tidaknya. Seorang pacak 2 pancing. Baru tauk kejap tak sampai 10 min dah beraksi dengan keli-keli yang besar-besat dalam sungai tu. Umpannya kitaorg guna katak. Kiranya abes la katak yang aku beli 20 ekor kat kedai akuarium malam sebelumnya hanya sebab beraksi dengan keli. Dekat area sekinchan ni , kitaorg dapat naikkan ikan keli sebanyak hampir 20 ekor dan lebih maybe. sebab dah malas nak mengira. Hampir jam 4 ptg, kitaorg dah kehabisan umpan katak, walaupun katak yang separuh badan je sebab dah kena kunyah ngan keli-keli kan. Ada masa tak sampai 10 min, ada masa dalam 15 min. Akhirnya aku ngan nasrun tewas sbb keletihan bermain2 ngan keli-keli disini.
 |
Otw balik. Padi masak tunggu masa kaut. |
Jam 4 ptg kitaorg dah bertolak balik dari sekinchan. Keluar je ke jalan besar, aku memandu dgn mencari Petronas, tak sampai 5 km drive dah jumpa petronas. selepas cuci muka dan bagai. bolehlah aku rehat sekejap sebelum pulang ke KL kan. hambek ko. setengah jam tetido lam keta sebab letih.
Ondaway balik , keli yang kitaorg dapat tu kitaorg beri kepada orang saja. Besar-besar oiii...sapa nak makan. Nasib la kawan nasrun ada yang nak dan Abam Hamzah juga. Last sekali kitaorg bagi bangla ngan indon ja yg balance2 tu. Ikan-ikan yang kecik2 nasrun dah amik utk bawa balik.
Actually, trip kali ni nak casting kat area bendang yang ada tu pun tak sempat dah.Nak cari haruan pun tak dan dah la jawabnya. ni semua penangan keletihan bermain dengan keli.
@Sofian_Akasah©
#PersonalLife
#PancingJoranCasting
#HobiSukaSukaJe
 |
GIla kan size keli ni |
 |
Berat oiii.. |
 |
Nak patah joran dibuatnya |
 |
28++ ekor ikan. Keli, Lieh , Lampam |
 |
4 batang joran. Pacak je |
 |
Hasilnya besar-besar oii |
 |
Size yang tak dijangkakan |
No comments:
Post a Comment