Sila Klik utk Maps Besar |
Kali ni trip memancing sungai di Kuala Kubu Bharu....actually ni dah second trip ke Kuala Kubu Bharu (KKB).Sebuah bandar kecil di Daerah Hulu Selangor. Pernah ke sini semata-mata untuk kejar kelah ngan toman...hehehehe...dari sini boleh pergi Fraser Hill..dah lama tak jejak kaki ke Bukit Fraser ni..
![]() |
Persimpangan Kuala Kubu Bharu |
So kali ini pun menghambarkan, setibanya awal pagi pukul 7 pagi 11/10/2015 di KKB , menyinggah dahulu di rumah Kak Zura dan Abg Fauzi, iaitu kenalan dalam kelab permotoran yang tinggal di KKB. Pergi bersarapan dan sebagainya dulu, isi perut yang , penting kan.
![]() |
Pekan Kuala Kubu |
Permulaan tempat memancing biasa la, di empangan KKB yang nak menghala ke Fraser Hill. Tetapi percubaan di empangan kali ini juga amatlah tidak mendapat sambutan ikan-ikan di dalam empangan kerana maybe sebab dah breakfast pepagi kenyang-kenyang kemudian tak melayan umpan mati plak kan. **(maaflah, takda gambar sebab tertinggal phone dalam kereta)**
![]() |
Katak Tiruan Lembut |
Aku punyalah la casting lambung-lambung bagai siap lalu sebelah toman tapi punyalah sombong si toman situ xmakan umpan ni. So aku pun tanya la kat Faris dan Fikri, apsal toman ni xnak makan. Depa boleh jawab ikan sini makan katak hidup je. Menyirap oooo tengak toman camtu je. Takpa lah, dah tak berezeki kat sini. So mencari lubuk casting lain pulak lah selepas itu.
![]() |
Sg. Selangor |
Selepas tu, aku dapat port baik punya, tapi port tu aku actually dapat adjust BC aku ngan berlajar cara guna BC. Ingat senang ke guna BC, perghhh mengagau weh. So setelah ikan toman di Taman Millenium tak makan umpan. Aku pun beralihlah ke Sg. Selangor. Disinilah aku dapat setting betul2 BC dan cara handlenya. Actually, sblm ni aku tak casting, main pancing je. HAHAHAHA.
![]() |
Si Faris |
![]() |
Fikri |
Kat sini dapat la aku bergambar skit. Bleh la, gambar pun jadi la kan..layan juga feel kat sungai ni..walaupun cuma nak berlajar cara-cara casting guna BC je tapi tempat ni tenang je..release stress aku...memancing adalah cara aku nak release stress kan..hujung2 minggu ni kena la kuar dari KL..baru la tak stresssss ssgt..kat sini ada la skit gambar2 kenangan kan.
![]() |
BaitCasting |
Setelah penat mencuba pelbagai aksi, so Kak Zura & Abg Fauzi juga disertai oleh kenalan dari Rawang si Moon dan sorang lagi aku lupa nama mengajak untuk menjala pulak di kampung orang asli pertak. Betul-betuk dekat empangan KKB, so sekali lagilah bergerak ke arah empangan untuk melaksanakan misi menjala dan misi mandi ari terjun. Jam menunjukkan pukul 5.15 ptg masa bertolak ke Kg Orang Asli Pertak tu...ni lubuk aku pun tak berapa nak tahu, tapi kat lubuk ni la dapat anak ikan kelah dan lain-lain bukan sebab memancing, sebab Abg Fauzi
menjala..hihihi..aku layan casting asyik lekat kat batu ngan pokok je.. tu maknanya skill tak berapa nak betul sangat tu..pasni kena suh Encik Nasrun perturun ilmu casting dia plak
![]() |
BaitCasting ECODA |
![]() |
Kg. Orang Asli Pertak |
Penat juga aku casting, dia bukan penat sbb apa..penat sebab tali berpintal-pintal ..hahaha...amik ko, nak guna BC xda guru..ni la jadinya..hehehe..
So, dekat sungai, Abg Fauzi sarankan menjala, baru dapat ikan...kalau tak mmg susah la nak dapat ikan..pastu kalau casting guna umpan hidup juga ngan batu yang halus beratnya....waaa... .perkongsian yang bermakna tu, sebab ada plan nak pergi siang hari kat tempat ni..hehehe...masa tu baru leh casting puas-puas..dari bawah ke atas tu, atau dari atas ke bawah je...
So, maaf la tak dapat gambar banyak-banyak, keadaan cuaca yang hujan dan barang basah serta bermain dengan air..maka-nya tak dapat bergambar kenangan kan..takpe, next trip pastikan gambar byk2 juga..baru best...
![]() |
Pinjam GOOGLE je |
Keluar dari hutan tersebut dah abes maghrib pun, tapi sana time kul 730 ptg masih terang skit la, berjalan pun boleh lagi tak guna lampu suluh...sebab tak bajet nak keluar malam kan dari hutan..setelah itu, kitaorg pun melepas lelah dan penat di jambatan empangan KKB ..perghhh..layan weh, angin bukit malam-malam dan tengok orang memancing dari atas jambatan..tapi sebabkan air tak tinggi , maka aku rasa diaorg ni memang guna tali panjang gila kot untuk memancing dari atas jambatan empangan KKB tu..kitaorg lepak di atas jambatan ini sampai pukul 8.30 kemudian barulah bergerak pulang..so aku pun terus balik KL sbb ada urusan pulak yang nak diselesaikan..
So, sekianlah trip untuk kali ini...bahasa pasar je buat tulis blog...terima kasih kepada Kak Zura & Abg Fauzi sekeluarga terutama adik Faris dan Fikri yang menemani sepanjang hari memancing walaupun tak dapat ikan, rakan-rakan dari rawang yang datang untuk join menjala...
So, next trip - Kuala Selangor - tarikhnya akhir bulan Oktober '15...trip ni tak sabar skit sbb main sungai yang lebar dan luas...tak sengaja terjumpa lokasi lubuk ni...
@Sofian_Akasah©
#PersonalLife
#PancingJoranCasting
#HobiSukaSukaJe
No comments:
Post a Comment