16 Apr 2009
Kehidupanku pada minggu ini..
wah...sedar2 minggu ini dah khamis...dah beberapa lama aku xmenaip..dalam kepala otak aku ni tiada idea untuk menaip..minggu ni sahaja aku benar2 sibuk untuk menyiapkan report assessment yg aku kena buat..meeting xda la byk pun..tapi kalau sekali meeting memang lama la..wah...apa aku nak menaip ptg ni ye..rasa macam takda idea nak menaip apa...actually aku letih dan mengantuk sebenarnya...tidak tahu la kenapa leh jadi sebegini...dah memang tak dapat kawal dah...huhuhuhu...
10 Apr 2009
Apa aku dah buat..,.
Wah..ari ni aku bingung buat kerja aku...aku byk edit blog aku hari ni.,..mesti ada yg perasan blog aku dah bertukar..kepada azuan(example010.blogspot.com)..thanks bebanyak coz byk tolong aku edit blog ari ni...semlm aku dah edit tapi semua dah jahanam coz aku tersalah edit...so terpaksa la ari ni aku edit lain...huhuhuhuu....
9 Apr 2009
Alert Peanut Butter
KENYATAAN AKHBAR MENTEGA KACANG (PEANUT BUTTER) BERJENAMA ‘PETER PAN’ DAN ‘GREAT VALUE’ DARI AMERIKA SYARIKAT DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA SALMONELLA TENNESSEE
_______________________________________________________

Berdasarkan maklumat daripada ‘INFOSAN EMERGENCY ALERT’ (WHO) dan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), dengan ini dimaklumkan bahawa produk mentega kacang (peanut butter) berjenama ‘Peter Pan’ dan ‘Great Value’ yang dikilangkan oleh Syarikat ConAgra berpusat di Georgia, Amerika Syarikat disyaki telah tercemar dengan bakteria Salmonellatennessee. Hanya mentega kacang yang mempunyai product code “2111” sahaja yang terlibat.
Pengimport Peter Pan di Malaysia, iaitu NasMark Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menarik balik semua produk Peter Pan dengan kod “2111”. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan semua pegawai-pegawai berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 di seluruh negara termasuk di pintu masuk memastikan produk berkenaan tidak masuk ke negara ini dan tidak berada di pasaran.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk berkenaan dan jika telah membeli produk dengan kod “2111” supaya tidak memakan mentega kacang berkenaan. Orang ramai juga diminta memaklumkan pejabat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdekat atau jabatan kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan jika mereka menjumpai produk tersebut di pasaran untuk tindakan penyitaan dan pemusnahan.
Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh Salmonella ialah demam, cirit birit dan kekejangan perut (abdominal cramp). Ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imuniti yang lemah. Sila dapatkan rawatan dari hospital yang berdekatan jika disyaki mempunyai simpton tersebut.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)