
Salam 2 all,
Inilah muka si pengkhianat yang celaka dan kurang ajar penyimbah asid yang menimbukan
kekecohan dan kegelisahan orang ramai di KL akhir-akhir ini. Pihak polis telah menyebarkan
Fotofit suspek ini untuk dikenal pasti supaya orang awam mengambil langkah berjaga-jaga.
Suspek telah mencederakan mangsanya dengan menyimbah asid ke muka tanpa sebarang
sebab. Setakat ini suspek telah mencederakan 21 orang yang kesemuanya wanita termasuk
budak sekolah.Kali terakhir suspek dilihat dijalan desa pandan bermotosikal dengan memegang
botol tidak berpenutup untuk mencari mangsa terbaru. Jika terlihat suspek terbabit segeralah
hubungi Rakan Cop 03-21159999 atau SMS 32728.
sebab. Setakat ini suspek telah mencederakan 21 orang yang kesemuanya wanita termasuk
budak sekolah.Kali terakhir suspek dilihat dijalan desa pandan bermotosikal dengan memegang
botol tidak berpenutup untuk mencari mangsa terbaru. Jika terlihat suspek terbabit segeralah
hubungi Rakan Cop 03-21159999 atau SMS 32728.
Suspek dipercayai tidak waras, kalau dia waras dia tidak akan bertindak sedemikian.
Hanya dari maklumat dari orang ramai sahajalah cara untuk pengkhianat ini dapat
ditumpaskan.Kepada yang ingin berada diluar silalah berwaspada. Perhatikan sekeling anda.
p/s: Perbuatan yang memang sangat kurang ajar!!!!
Mahu bila ditangkap nanti kita ramai-ramai simbah dia dengan cuka getah....
baru padan muka dia...
JIKALAU ANDA PRIHATIN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DIBAWAH...
Dipetik dari Utusan Malaysia.
Lagi wanita disimbah asid
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kegiatan pelik lelaki bermotosikal menyimbah sejenis
cecair disyaki asid terhadap wanita kini bukan sahaja menyasarkan pejalan kaki tetapi
juga golongan itu yang memandu kenderaan.Dalam kejadian terbaru, seorang wanita
berusia lingkungan 30-an menjadi mangsa penjenayah terbabit.Mangsa yang sedang
memandu kereta dilaporkan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal
dalam kejadian pukul 8.45 pagi di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini hari ini.Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika kejadian
mangsa sedang menurunkan cermin keretanya sebelum dihampiri oleh suspek berkenaan.
"Suspek lalu menyimbah sejenis cecair yang terkena pada badan mangsa. Pemeriksaan
menunjukkan cecair tersebut tidak menyebabkan tubuh mangsa melecur, sebaliknya
gatal-gatal."Setakat ini kita masih menyiasat sama ada kejadian itu mempunyai kaitan
dengan kes-kes terdahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada 9 Mei lalu,
polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara
yang dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes
menyimbah cecair dipercayai asid.Siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi
mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan
letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT). Menurut beliau, sebelum ini, suspek
dipercayai seorang atau dua lelaki menunggang motosikal yang menyasarkan mangsa dalam
perjalanan pergi atau balik kerja bersendirian. Berdasarkan modus operandi, suspek datang
dari arah belakang sebelum menyimbah cecair dipercayai 'thinner' dan 'alkali' ke arah muka
atau badan mangsa yang akan memberi kesan rengsa. Sehubungan itu, polis meminta orang
ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 bagi membantu
polis mengesan serta menangkap suspek terbabit

thanks for the credit...
ReplyDeletebahaya betul manusia penyimbah asid itu....
ReplyDelete